لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Photobucket

tukar LINK meh (:

Photobucket
♥ ♥hai hai . inii blog baru lah . yang lama dah stuck :) sila follow. terima kaseh sayangg ♥ ♥

ujian buat hambaMU

hanya padaMU aku mengadu
"Hanya yang tersentuh akan melatah
Hanya yang berpengalaman akan menghayati
Hanya yang ingkar ketawa berdekah-dekah
Hanya yang ‘faham’ mencari erti"



Doa menghilangkan kesedihan
اللَّهُمَّ اِنِّي عَبْدُكَ
وَابْنُ عَبْدِكَ
 وَابْنُ اَمَتِكَ
نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ
 مَاضِيٌّ فِيَّ حُكْمُكَ
 عَدْلٌ فِيَّ قَضَائُكَ
 نَسْأَلُكَ بِكُلِّ اِسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسِكَ
أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ
 أَوْ عَلَّمْتَهُ اَحَداً مِنْ قَلْبِكَ
 أَوْ اِسْتَأْثَرْتَ فِي عِلْمِ الغَيْبِ
عِنْدَكَ أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ العَظِيم
 رَبِيْعَ قَلبِي
 وَنُورَ صَدْرِي
وَجَلاءَ حُزْنِي
 وَذَهَابَ هَمِّي
 بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن

Terjemahannya:
Ya Tuhanku, akulah hambaMu, aku anak kepada hambaMu,  anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, berlaku padaku segala ketetapanMu, adalah adil kepadaku segala keputusanMu. Aku bermohon kepadaMu dengan segala nama-namaMu yang Engkau menamakan diriMu, ataupun nama yang Engkau turunkan dalam kitabMu atau Engkau telah ajarkan pada salah seorang hambaMu, atau engkau sorokkan nama-namaMu di suatu tempat ghaib yang hanya Engkau ketahui dan Engkau menjadikan al-Quran sebagai buah hatiku, cahaya dadaku, penghilang kesedihanku dan menyahkan kedukaanku…
Apabila kecintaanmu benar
Maka semuanya akan terasa mudah
Dan semua yang ada di atas tanah
Akan pulang menjadi tanah lagi
kata kata semangat yang aku mmg amalkan
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu


                                          t h a n k y o u b a g i p i n j a m m a t a m e m b a c a